Saturday, July 28, 2012

~~ Along Ramadhan Days ~~



































Then..... SELAMAT HARI RAYA!!!!









CARA KENALI BARANGAN DIPERBUAT DARIPADA KULIT BABI


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.

Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain.

Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan.

Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.

Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.

Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.

Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu.

3 titik tompokan itu seperti gambar di bawah adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk.

Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga.

Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda?

Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya?

Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.

Friday, July 27, 2012

TIP NYAH TOKSIN

Penyahtoksikan adalah proses pembersihan, peneutralan & penyingkiran toksin berlebihan yang terkandung dalam badan.

PEMAKANAN


Elak pengambilan makanan yang terlalu pedas dan berminyak. Elak juga mengambil makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna & perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak yang turut mempengaruhi toksin.

SENAMAN


Tubuh badan meningkat dengan mendadak dan perut buncit disebabkan oleh toksin yang terkumpul lama di dalm tubuh. Ada baiknya mengamalkan senaman untuk mengurangkan toksin melalui penghasilan peluh setiap hari. Kaedah sauna juga membantu dalam mengeluarkan toksin yang berlebihan.

RAWATAN


Pengambilan ubat-ubatan ada kalanya berkesan, namun lebih baik diambil atas saranan doktor. Begitu juga dengan rawatan merendam kaki di dalam air hidro, kaedah menampal koyok di tapak kai mahupun melalui kaedah merendam kaki di dalam kolam ikan. Elak membeli ubat-ubatan dari kedai, toko-toko jamu, spa-spa mahupun farmasi yang niatnya hanya mahu melariskan produk. Sebelum melakukan rawatan, lebih baik bertanyakan pada doktor. Tak mungkin toksin yang bertahun-tahun boleh dihapuskan dalam sekelip mata.

PETUA


Membunag toksin secara semula jadi lebih baik melalui pengambilan ulam-ulaman. Perbanyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah- buahan. Apa kata korang cuba sendiri resepi jus buang toksin ni? Sediakan dua bji epal, satu batang saderi, lobak dan halia. Kisar semuanya dan minum. Ia membantu mencuci usus tanpa merasa sakit mahupun kurang selesa.



BAHAYA TOKSIN DALAM TUBUH

 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin kerana toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai organ lalu merosakkannya...

APAKAH TOKSIN?

Toksin terdapat hampir di dalam semua organ manusia. Di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan munuman keras, pemakanan yang tidak seimbang serta tak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Maka, sisa-sisa ni akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh kita terutamanya usus.

1. KULIT


Terjadi apabila toksin dalam darah keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel & lain-lain.

2. TUMOR


Berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di lapisan tisu badan.

3. DEMAM 

Merupakan proses emula jadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam darah, kadar metabolisme semakin cepat & mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4. PENYAKIT JANTUNG & TEKANAN DARAH TINGGI


Toksin yang melekat di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah sementara tekanan ke atas saluran yang tersumbat akan mengakibatkan terjadinya tekanan darah tinggi.

5. LAIN2


Berlaku masalah kesihatan seperti alergi, asma, pundi hempedu & karang, sakit sendi & sengal-sengal tulang, sembelit, perut kembung, barah payudara & kemrosotan daya seksual.


KESAN TOKSIN

Tubuh badan yang terlalu berasid akan menigkatkan kandungan toksin. Maka, terjadinya masalah kesihatan @ penyakit yang diakibatkan oleh tindak balas toksin di dalam darah.

Jika seseorang tak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam & melekat pada dinidng usus. Seterusnya menjadi toksin di dalam tubuh. Kalau tak dikeluarkan, tubuh akan beri amaran @ tanda-tanda tertentu.


TANDA-TANDA BANYAK TOKSIN


1. Letih.
2. Susah bangun tidur.
3. Bahagian keliling mata gelap. 
4. Banyak angin.
5. Alahan.
6. Berat badan naik.




















Wednesday, July 11, 2012

Sad Story Of A Blender

Setiap pertemuan pasti disusuli perpisahan seperti kisah blender ni...






Monday, July 9, 2012

Angry Bird Versi Zombie

Rasanyer kalau sebut angry bird, semua kenal. Budak lima tahun pun kenal. Macam yg kiter sume tahu, angry bird tu comel, kiut-kiut blaker.. tapi camne kalau angry bird tu jadi zombi? Agaknyer rupenyer mesti jadi camni....

                                                       
                                                Ader gak game angry bird versi zombie nih...


                                           Red Angrybird  kencing manis, luka tak sembuh2.




                                       Yellow Angrybird  mata robek dek terlanggar dinding.


Blue Angrybird  bulu gugur kerana tak cukup protein.


                                                   White Angrybird  ader masalah usus.


                                             Black Angrybird  tak buat pemeriksaan gigi.

                 
                                                   Green Pig  dek dilanggar Angrybird


                                                 Angrybird Zombie datang menyerang!!!!


                                                          Haaaarrrrrrrrrrhhhhhhh.......


                                                         Muka serius menahan kesakitan^^


                                                                 We're  FAMILY!!!



~~ Downloadlah game Angrybird versi Zombie ni! Gud Luck!! Huhuhu ~~~

Sunday, July 8, 2012

~ Cara Nak Buat Telur Warna-Warni ~



> Jom buat telur warna-warni <

     Cara-cara -------


    1. Rebus telur dahulu.




    2. Retakkan sikit telur.



    3. Sediakan pewarna makanan... Jangan warna air pulak =)


    4. Lumurkan telur tu dengan pewarna tadi.


    5. Pastu letak dlam plastik untuk memudahkan kerja.... biarkan selama beberapa minit


    6. Kemudian, basuh dengan air bersih. Jgn air paip pulak.





    7. Telur sudah sedia untuk dimakan...

~~ Enjoy ~~~
<repost>