Penyahtoksikan adalah proses pembersihan, peneutralan & penyingkiran toksin berlebihan yang terkandung dalam badan.
PEMAKANAN
Elak pengambilan makanan yang terlalu pedas dan berminyak. Elak juga mengambil makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna & perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak yang turut mempengaruhi toksin.
SENAMAN
Tubuh badan meningkat dengan mendadak dan perut buncit disebabkan oleh toksin yang terkumpul lama di dalm tubuh. Ada baiknya mengamalkan senaman untuk mengurangkan toksin melalui penghasilan peluh setiap hari. Kaedah sauna juga membantu dalam mengeluarkan toksin yang berlebihan.
RAWATAN
Pengambilan ubat-ubatan ada kalanya berkesan, namun lebih baik diambil atas saranan doktor. Begitu juga dengan rawatan merendam kaki di dalam air hidro, kaedah menampal koyok di tapak kai mahupun melalui kaedah merendam kaki di dalam kolam ikan. Elak membeli ubat-ubatan dari kedai, toko-toko jamu, spa-spa mahupun farmasi yang niatnya hanya mahu melariskan produk. Sebelum melakukan rawatan, lebih baik bertanyakan pada doktor. Tak mungkin toksin yang bertahun-tahun boleh dihapuskan dalam sekelip mata.
PETUA
Membunag toksin secara semula jadi lebih baik melalui pengambilan ulam-ulaman. Perbanyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah- buahan. Apa kata korang cuba sendiri resepi jus buang toksin ni? Sediakan dua bji epal, satu batang saderi, lobak dan halia. Kisar semuanya dan minum. Ia membantu mencuci usus tanpa merasa sakit mahupun kurang selesa.
No comments:
Post a Comment