Wednesday, November 21, 2012

TIP Pemakanan Untuk Turunkan Berat Badan

Hype... Lama tak menaip. Kali ni takder apa2 yang spesel pon untuk dishare... Cuma nak share sedikit tip untuk turunkan berat badan..


  • Makan perlahan-lahan. Ini kerana perut mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk memberitahu             otak bahawa anda sudah kenyang.
  • Makan buah-buahan seperti epal, atau sayuran mentah seperti lobak merah. Makanan seperti ini   boleh melambatkan kadar pemakanan anda.
  • Nikmati hidangan dengan minuman panas atau suam untuk membantu anda berasa kenyang.
  • Pastikan anda minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari.
  • Makan buah-buahan 30 minit sebelum anda makan hidangan utama.
  • Jika masih berasa lapar, nikmati snek sihat seperti bertih jagung, roti, buah-buahan, yogurt atau kekacang.
  • Ambil makanan yang rendah lemak seperti susu rendah lemak dan sebagainya.
  • Banyakkan bergerak walaupun berada di dalam rumah setiap hari agar anda dapat membakar banyak kalori.
  • Pentingkan sarapan supaya anda tidak keterlaluan makan dengan banyak di waktu tengah hari.

Itu jerlah entry Nicky untuk hari ini. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment